Bazar Ramadhan UTP
Terlebih dahulu kami ucapkan Salam Bicara 1Universiti sebagai pembuka bicara dan selamat berpuasa kepada seluruh UTPian.
Kami blog cara Chancellor kita lah senang ok.

1. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana sekali lagi kita diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan, bulan dimana kalau hari biasa Masjid UTP hanya dipenuhi paling banyk pun tiga saf, bulan ramadhan sekurangnya2 waktu isyak dan tarawikh ada 13 saf, just kidding but seriously!
2. Biasalah bila tiba saja bulan ramadhan, selain ibadah, juadah berbuka juga menjadi satu keutamaan tambah2 lg kepada para student yg duk berjauhan dari keluarga, bilamana tak dapat menikmati hidangan yg disediakan emak/keluarga dirumah maka option juadah dari bazaar ramadhan menjadi pengganti.
3. Sekitar luar UTP kita ada beberapa pilihan bazaar ramadhan, antaranya bazaar ramadhan di Seri Iskandar. Bagi pelajar yg berkenderaan, boleh lah pergi setiap hari kesana namun bg pelajar yg tidak mempunyai transportation let say pelajar junior baru dan foreigners i.e Egyptian, maka café2 UTP lah akan menjadi tempat untuk mereka membeli juadah berbuka. Namun bilamana dalam setahun sudah 11 bulan berulang alik ke café sama untuk makan makanan yang sama, tiap2 hari makan kt Pak Ali siapa yang tidak bosan…? Bulan ramadhan biarlah merasa makanan lain pula.
4. Dengan itu inisiatif untuk mengadakan bazaar ramadhan sepertimana yg diadakan di UTP sekrg diaplikasikan, antara lain untuk menghidupkan Susana ramadhan ala Malaysia. Untuk pengetahuan, bazar Ramadhan tahun ini, bukanlah yg kali pertama. Pada tahun 2007, pihak Rakan Masjid UTP melalui Minggu Penghayatan Ramadhan (MPR) pernah menganjurkan bazaar Ramadhan utk peniaga dari sekitar Tronoh dan Seri Iskandar.
5. Penganjuran ini berjaya berlangsung beberapa hari sebelum mendapat tentangan dari pihak Cafe di UTP. Atas alasan; persaingan dan melibatkan beberapa isu legal dgn pihak pengurusan UTP mengenai status dan hak Cafe, bazar Ramadhan yang julung-julung kali di adakan ini terpaksa dibatalkan serta-merta. Sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap imej UTP dari kalangan peniaga tempatan. Apa yang boleh dipelajar; Pembatalan bazaar tentu saja boleh dielakkan jika pihak penganjur mengkaji setiap aspek dan sudut dari segi implementasi dll. Namun kerana tidak cukup persediaan dan kajian dari segi aspek hak dan peraturan, bila disergah café UTP maka mereka terus rebah.
6. Oleh itu wajar untuk kita mempersoalkan, untuk penganjuran bazaar kali ini, Adakah pihak penganjur (MPPUTP) sudah buat assignment? Faktanya penjualan makanan waktu Ramadhan berlangsung masa tahun 2009 adalah yang paling berjaya dan meriah. Pada masa itu ia dianjurkan oleh RCSU, satu badan pelajar yang dilantik bukan atas dasar politik sempit, kepartian, keRakanan atau aliran..
7. Antara resepi kejayaan bazaar ramadhan 2009 yg boleh dikongsikan disini adalah bazaar tersebut simple - buka meja, bentang alas meja, jual kt ruang cafe v3, v4 tu. Peniaga luar, kakitangan UTP antara yang terlibat menyediakan juadah.
8. Mungkin the honourable MPPUTP patut semak dan rujuk dengan RCSU dan RM yang dah ada pengalaman dalam penganjuran Bazaar Ramadhan semoga bazaar ramadhan dari tahun ketahun ada improvement bukan berada pada tahap yg sama or mcm tahun ni.. sorry to say makin unorganized!.
9. Kalau bazaar pon tak leh nk handle maka kredibiliti mpputp utk handle bigger n more significant event amat diragui. Post mortem yang selama ni buat untuk apa kalau bukan untuk perbaiki kelemahan untuk waktu yang macam ni betul tak?
10. Those who cannot remember the past are condemned to fulfill it. Renung2kan dan selamat beramal!
Kredit gambar: UTPress
Subscribe by RSS