Pertama sekali, harap maaf atas kehilangan kami sejak sebulan ini. Biasa la, kami agak sibuk dengan kehidupan peribadi kami. Akan tetapi, kami akan sentiasa menghiburkan anda dengan tulisan-tulisan kami yang bukan untuk mengkritik, tapi untuk membina, membaiki serta membetulkan diri kami dan rakan-rakan dan alumni UTP sekalian
1. Persiapan Pesta Konvo kali ini bermula agak lambat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini sudah dijangka memandangkan desas-desus sejak berakhirnya Pesta Konvo 2010 di mana Pesta Konvo 2010 mungkin kali yang terakhir.
2. Akan tetapi, dengan keluarnya poster-poster pengambilan ahli-ahli jawatankuasa Pesta Konvo pada awal bulan Ogos, mematikan segala keraguan tentang status Pesta Konvo 2011. Ya, semangat Pesta Konvo masih lagi hidup di Universiti Teknologi PETRONAS ini.
3. Hanya kurang 2 bulan sahaja tinggal untuk Majlis Konvokesyen dan Pesta Konvo 2011, tapi sambutan pelajar terhadap Pesta Konvo agak menyedihkan. Sejak laman MukaBuku Pesta Konvo 2011 dibuka sejak 12 Ogos 2011, hanya 111 pengguna yang sahaja menyukai laman tersebut buat masa ini, jauh daripada jumlah mahasiswa UTP sebanyak 6,000 orang.
4. Adakah semua masih belum menggunakan gear tinggi untuk persiapan Pesta Konvo? Ataupun semua tidak bersabar untuk meraikan Hari Raya yang baru saja berlalu? Perlu diingat bahawa jawatankuasa Pesta Konvo hanya ada kurang dari 2 bulan untuk membuktikan bahawa mereka mampu menganjurkan Pesta Konvo terbaik dalam persiapan yang cukup singkat.
5. Jawatankuasa Pesta Konvo telah menganjurkan Sesi Pelan Strategi & Bina Semangat untuk jawatankuasa-jawatankuasa Pesta Konvo. Kami merasakan pelajar-pelajar lain memberikan sokongan moral kepada mereka, kerana tugas mereka adalah yang paling mencabar daripada mana-mana acara sebelum ini.
6. Walaupun Pesta Konvo hanyalah sesi selingan sempena Majlis Konvokesyen, akan tetapi Pesta Konvo yang paling diberikan perhatian kerana itu adalah acara yang dirancang 100% oleh pelajar-pelajar sambil dibantu oleh kakitangan-kakitangan UTP.
7. Walaupun penjualan Kek Lapis Sarawak mendahului perancangan-perancangan lain, sebenarnya perkara itu sesuatu yang bagus. Sekurang-kurangnya, kami tahu Jabatan Perniagaan telah memulakan perjuangan mereka.
8. Maka, kami di UTPian media bersedia memberi sokongan padu kepada Pesta Konvo 2011. Lebih-lebih lagi, ada di antara bakal kembali ke UTP untuk menerima skrol daripada Canselor atau Pro-Canselor. Selamat maju jaya kepada Pesta Konvo 2011!
Kami bercakap terlalu baku? Jangan risau, kami menulis dalam dwi-bahasa untuk memastikan bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa terjamin kualitinya. Translasi untuk bahasa antarabangsa ada di bawah ya.
**********************************************************************************
First of all, we would like to apologize for our disappearance for the past month. Well, we are quite busy would our own daily private lives. However, we will try our best to entertain our lovely followers and readers with our thoughts which is not meant to critic but to help and correct ourselves and also our fellow UTP alumnus and friends.
1. The preparation for Convofair this time kicked off quite late compared to the previous years. This has been expected as there were rumours since Convofair 2010 ended where Convofair 2010 might the last Convofair ever.
2. However, with the posters of Convofair committee recruitment were visible on early August, kills off the doubt about Convofair 2011 status. Yes, the Convofair spirit is still alive in this Universiti Teknologi PETRONAS.
3. With less than 2 months left for Convocation and Convofair 2011, the students' support towards Pesta Konvo has been a lukewarm. Sejak Convofair 2011 Facebook page were opened on 12 August 2011, only 111 users has like the page, a far cry from the total of UTP students which is about 6,000 people.
4. Is everyone still on gear one for the Convofair preparation? Or everyone is already in Eid Al Fitr mood which is just ended? We need to remind that the Convofair committees have only less than 2 months to prove that they are capable to organize the best Convofair despite the short time of preparation.
5. Convofair Hi-Coms has just organized the Strategic Planning and Team Building session for their committees. We felt that these guys need to be supported morally as their job is among the most challenging between other events, given the short period of time for preparation.
6. Eventhough Convofair is just a side-event in conjunction of Convocation, Convofair has been the most awaited event as it was wholly planned by the students with some assistance from UTP staffs.
7. Eventhough the promotion of Sarawak Layer Cake leads other plannings, actually that's a good thing to see. At least we know that Business Department has started their jobs.
8. Therefore, we at UTPian media would love to provide utmost support towards Convofair 2011. Especially, some of us would be returning to UTP to receive our golden scroll from the Chancellor or Pro-Chancellor. All the best to the committess of Convofair 2011!